ISU DAN CABARAN SERTA LANGKAH MENGATASINYA 4
(SKIM PELABURAN)
Antara kes penipuan
ialah skim pelaburan menerusi internet yang menjadi perdebatan polis buat masa
ini dari segi perlindungan pengguna yang nilai pelaburannya dianggarkan
mencecah RMl bilion .Sebelum itu dan pada tahun lepas ciri sekuriti
perkhidmatan perbankan atas talian telah dipersoalkan oleh pengguna. Ini
penting kerana jumlah pelanggan Internet di Malaysia ialah 3 juta orang dengan
lebih 12 juta transaksi sebulan. Isu sekuriti perbankan telah diberi jaminan
oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Kini perbankan
Internet telah menjadi satu budaya perbankan dan akan terus kekal sebagai
saluran perkhidmatan yang menjanjikan kemudahan dan kepantasan kepada para
pelanggan Bagi skim pelaburan Internet Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di
Amerika SyarikaT meragui dan mempersoalkan integriti skim itu yang juga
dipanggil Program Pelaburan Berlaba Tinggi (HYIP) untuk pengguna yang beragama
Islam di Malaysia pula Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan semua bentuk
skim pelaburan Internet kerana mengandungi unsur riba Malah Islam telah
mempunyai cara untuk mengatasi jenayah di alam siber.
Jika transaksi di
luar talian offline menyalahi syariat islam ia juga haram apabila dilakukan
secara online dari segi e transaksi B2B dan B2C pada umumnya dan pelaburan
dalam Internet pada khususnya kerajaan berkuasa untuk mengawal dan memantau
laman la man web yang berdaftar di Malaysia la boleh dibuat menerusi agensinya
seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MCMC Institut Mikroelektronik
Malay sia MIMOS Berhad dan Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) Disamping
itu, BNM, Suruhanjaya Sekuriti SC dan Kementerian Pemagangan Dalam Negeri dan
Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP boleh bertindak terhadap mereka yang memanipulasikan
Internet menerusi laman web untuk mengutip deposit secara haram. Skim itu tidak
ubah skim cepat kaya yang dilakukan di luar talian Isu buat masa ini ialah
penguatkuasaan peraturan dan perundangan dikalangan agensi pelaksana.
Sekadar mengambil
contoh BNM telah mengenal pasti beberapa laman web HYIP yang telah menyalahi undang
negara kerana mengambil deposit secara haram.
KESAN SKIM PELABURAN
kesan yang paling ketara ialah apabila pelabur itu ditimpa
kerugian apabila pusat Skim Cepat Kaya yang dilaburi diserbu polis. Akhirnya,
mereka hanya mendapat rasa malu yang menebal sebagai pulangan pelaburan.
Sesetengahnya pula terpaksa lari atau bersembunyi apabila kerap dikunjungi
pemiutang. Lebih parah lagi apabila ada antara pelabur menjadi sasau dengan
asyik menghitung daun kayu yang disangkakan wang. Selain itu, boleh mengeruhkan hubungan antara keluarga, jiran tetangga dan masyarakat sekeliling. Akibat gagal dalam Skim Cepat Kaya, pernah berlaku suami isteri yang bergaduh dan bercerai. Tidak kurang juga mentua dan ipar-duai yang saling bermasam muka sesama sendiri. Semua ini berlaku kerana masing-masing berasa tertipu apabila duit yang dilaburkan telah hangus begitu sahaja. Pertelagahan juga boleh terjadi sesama kawan dan jiran kerana masing-masing menganggap diri mereka telah diperdaya untuk melabur. Fenomena-fenomena ini sudah pasti boleh membawa kekeruhan hubungan dalam masyarakat.
kesan buruk juga turut dialami oleh pengusaha Skim Cepat Kaya. Pengusaha yang sudah arif dengan risiko kegiatan mereka pasti kerap diserang rasa risau dan khuatir. Apabila kegiatan berkenaan terbongkar, sudah pasti mereka berasa takut dan akan bersembunyi daripada pihak polis. Persembunyian yang tiada kesudahannya ini tentulah menyukarkan hidup mereka. Lambat-laun mereka pasti tertangkap dan didakwa di bawah Akta Bank atau Institusi-institusi Kewangan (BAFI 1989). Mereka boleh didenda sehingga RM250 000 atau 3 tahun penjara atau kedi duanya sekali. Hukuman ini pasti menimbulkan rasa gerun mereka untuk terus bergiat dalam Skim Cepat Kaya.
LANGKAH
MENGATASI
Agensi SC juga telah
menyenaraikan 43 laman web dan 17 syarikat pengantara pasaran modal pelaburan
Internet yang menjanjikan pulangan berlipat ganda dalam senarai amaran untuk
dijauhi orang ramai. Ini kerana laman-laman web tersebut dan syarikat
terlibat menjadi pengantara pasaran modal menjalankan aktiviti pelaburan
mencurigakan tidak berlesen melanggar undang undang dan mengutip deposit secara
haram. Melesenkan semua pengantara pasaran modal ialah satu daripada langkah
diambil SC untuk memenuhi tanggungjawab berkenaan dan dengan itu undang-undang
sekuriti mewajibkan semua orang yang mengendalikan aktiviti pasaran modal dan
pelaburan mestilah dilesen kan oleh SC Bagi pelabur pula mereka melabur hanya
dengan pihak pihak yang berlesen dan dilindungi mengikut undang-undang
sekuriti. Ringkasnya kerajaan mempunyai kuasa untuk melindungi pengguna dalam
transaksi online dan offline. Pada masa yang sama pengguna perlu berhati-hati
dalam transaksi Internet masing masing. Pengguna juga wajar bekerjasama dengan
kerajaan dengan melaporkan sebarang bentuk penipuan kepada agensi kerajaan yang
berkaitan. Peranan media arus perdana juga patut dipuji malah amat penting
dalam membongkar skim pelaburan Internet yang berunsur penipuan atas talian.
Dengan hanya memiliki sebuah komputer Internet dan perisian pelayar seseorang
boleh mencipta laman web bank atau pelaburan untuk melesapkan berjuta ringgit
wang pelanggan. Apa jua penguna perlu bijak apabila melayari Internet dan
menyelidik khu.susnya di MyCert Niser dan Impact bagi membantu membuat
keputusan dalam transaksi online