Maksud penggunaan teknologi ICT
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya yang sangat luas berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Teknologi maklumat tidak terhad kepada internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.
Terdapat tiga
asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat .Pertama, teknologi maklumat
adalah merupakan pangkalan utama yang penting untuk menyimpan maklumat. Ia
digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Sebagai contoh, dengan
menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi, imej dan sebagai pengesan
gerakkan. Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Seterusnya, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana
teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat
daripada sumber kepada penerima.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengunmpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dan pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperluikan untuk tujuan seperti bagi tujuan peningkatan ilmu atau pengetahuan,pengalaman, kemahiran dan kemampuan.
Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi maklumat dan komunikasi dlam konteks pendidikan Negara Brunei Darusslam perlu dimanfaatkan secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummah yang progresif dengan sentiasa bertawakal kepada Allah SWT serta menjaga keluhuran nilai dan etika bangsa dan agama dengan mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.

No comments:
Post a Comment