Wednesday, 21 December 2016


ISU DAN CABARAN 3 (JENAYAH SIBER DAN PENYEBARAN VIRUS)

Jenayah siber merupakan jenayah komputer yang baharu pada abad ini. Jenayah siber ini terdiri daripada kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, penggodaman dan lain-lain. Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh sebab tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan serta menyebarkan virus-virus terhadap komputer. Suatu nama yang cukup popular dikalangan pengguna komputer disebabkan keupayaannya mengundang pelbagai masalah kepada komputer.Dunia IT akan terus digemparkan kehadirannya merupakan suatu kebiasaan tidak dapat dielakkan.
Virus komputer merupakan suatu program yang dicipta untuk pelbagai tujuan dan juga boleh tersembunyi didalam sesebuah perisian.Virus komputer berkemampuan mereplika iaitu menyalin diri dan menjangkiti bahagian atau program lain dalam komputer,dokumen,boot sector dan sebagainya.Apabila kita menjalankan program yang dijangkiti,virus tersebut akan mengaktif serta melakukan salinan diri sendiri dan akhirnya akan melakukan pelbagai kerosakan seperti membuat paparan skrin,memadam data dan pelbagai kemusnahan lagi. 
Virus, Worm, dan Kuda Trojan (Trojan Horse) merupakan program berniat jahat yang tidak diundang dan boleh menyebabkan kerosakkan kepada komputer,maklumat dalam komputer, memperlahankan rangkaian dan menggunakan komputer anda untuk menyebarkan  kepada orang lain termasuk pengguna internet diseluruh dunia.





KESAN JENAYAH SIBER DAN VIRUS

Keasn daripada jenayah siber dapat diilihat melalui kebocoran sesuatu maklumat yang sulit. Hal ini biasanya terjadi apabila maklumat sesuatu organisasi di godam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seseorang yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini biasanya akan menjadi orang upahan dengan dijanjikan bayaran yang cukup lumayan. Sistem data yang tidak di lindungi oleh securitysepatutnya akan menerima ancaman jenayah siber.
 Pemerdagangan manusia adalah salah satu lagi kesan  yang hangat di perkatakan dalam jenayah siber ini. Kes ini dilihat menular dengan pesatnya kerana lelaki hidung belang hanya perlu mecari perkhidmatan seks melalui atas talian.
Manakala kesan penyabaran virus akan mengakibatkan berlakunnya kerosakkan dalam sesebuah sistem. Hal ini dianggap remeh kerana kurang pengetahuan yag medalam mengenai keburukan virus. Setiap jenis virus akan membawa kerosakan yang berlainan. Antara kesannya  ialah maklumat akan hilang dengan sendiriya.


LANGKAH MENGATASI

 Menangani permasalahan ini memerlukan kerjasama dari semua pihak terutama pengguna komputer itu sendiri. Virus komputer ialah sejenis program parasit yang tertanam didalam sebuah perisian atau program.Kebiasaannya ia disimpan atau terletak dikawasan tertentu didalam media storan(disk) yang dinamakan sektor but (boot sector).  Apabila kita manjalankan perisian atau cuba mencapai cakera yang dijangkiti virus, virus tersebut akan diaktifkan. Virus yang telah diaktifkan boleh melakukan pelbagai perkara temasuk menyalin diri mereka kedalam program lain, memaparkan maklumat tertentu dimonitor, memusnahkan fail maklumat atau memadam keseluruhan cakera keras(hardisk).

Virus komputer juga bolehdiprogramkan untuk bertindak pada masa-masa atau hari tertentu yang telah ditetapkan. Virus yang paling digeruni sekali ialah Virus Michelangelo yang menyebakan kemusnahan yang amat besar pada tahun 1991. Iaditulis untuk diaktifkan pada hari lahir penulis aturcara tersebut. Apabila pengguna menghidupkan komputer mereka yang telah dijangkiti pada hari tersebut, komputer akan memformat cakera keras, memadamkan segala maklumat dan perisian yang disimpan didalam cakera keras tersebut. Masalah ini sering berpunca daripada tindakan pengguna sendiri hingga komputer dihinggapi virus yang merebak dan merosakkan bahagian tertentu.Virus berbahaya kepada komputer kerana dengan pantas boleh memenuhi memori peralatan ini. Virus kemudian melumpuh atau menjadikan sistem komputer tidak lagi berfungsi. Lebih serius lagi, ia boleh disebarkan melalui jaringan (network) dan menembusi sistem keselamatan komputer. 

No comments:

Post a Comment