Saturday, 17 December 2016

PERKEMBANGAN ICT


Perkembangan ICT
Kaedah penyebaran maklumat berkembang mengikut peredaran zaman. Peringkat perkembangan penyebaran maklumat adalah seperti berikut:
Peringkat 1: Maklumat dipindah dari seorang kepada seorang yang lain secara lisan. Dalam keadaan tertentu lakaran atau lukisan dan binaan fizikal digunakan. Contohnya, di Malaysia, beduk atau kentung dipalu untuk memberitahu penduduk sesebuah kawasan mengenai waktu solat atau kematian di kawasan tersebut.
Peringkat 2:Maklumat yang dipindahkan dengan menulis atau melakar pada tanah liat,daun, batu dan cebisan kulit. Ia disampaikan kepada pihak lain dengan menggunakan perantaraan haiwan atau manusia. Contohnya, burung merpati digunakan untuk menghantar mesej dari seorang pembesar kepada pembesar yang lain.
Peringkat 3 : Perciptaan teknologi percetakan membolehkan maklumat  yang disebarkan kepada orang ramai  di pelbagai tempat dengan kos yang murah. Teknologi percetekan memberikan impak kepada pembangunan masyarakat terutamanya di Negara Barat.
Peringkat 4:Telekomunikasi moden bermula di England pada tahun 1937 dengan pengenalan peralatan telegrafik oleh Cooke dan Wheatstone (Low,2000). Ketika itu telegraf merupakan perkhidmatan yang mahal dan hanya digunakan oleh industri yang tertentu seperti pasaran saham, akhbar dan ketenteraan. Keadaan tidak berubah sehinggalah Alexander Graham Bell mencipta telefon pada tahun 1875.
Teknologi komunikasi terus berkembang dengan pesat. Penggunaan media elektronik seperti tetuang udara (radio), televisyen dan telefon. Berjaya mengurangi masa pemindahan maklumat. Polisi yang digubal untuk menentukan kos penyimpanan  dan pemindahan maklumat secara elektronik (keccuali telefon) memindahkan atau memancarkan maklumat secara satu hala sahaja. Maklumat ini pula gterletak pada tangan para penyiar, wartawan dan juga pengiklanan komersial yang beroperasi dalam kerangka peraturan awam..

Peringkat 5: Teknologi media elektronik dan computer digital bergabung untuk membentuk komunikasi komputer. Teknologi gabungan ini berjaya menjimatkan masa, ruang serta berkesan kos.
Dapat dirumuskan bahawa pembangunan teknologi maklumat berjaya mengubah hubungan antara tiga dimensi: masa (kepantasan menghantar atau menerima maklumat), ruang (berapa jarak jauh yang boleh anda hantar atau capai maklumat dalam masa yang tertentu dan kos (berapakah kos yang perlu dibayar untuk menghantar atau menerima maklumat).

Teknologi maklumat dan komunikasi secara ringkasnya boleh dibahagikan kepada berikut:
Teknologi sensing – Alat yang membantu mengumpul data. Contohnya: pengimbas imej, pembaca kod palang dan sensor. Teknologi sensing membantu anda melihat, menggambar dan mengumpul maklumat dari persekitaran.
Teknologi komunikasi – Teknologi komunikasi menjalinkan sensing, analisis dan teknologi paparan. Contoh: faksimili, telefon selular, rangkaian computer dan modem
Teknologi analisis- Komputer mengambil data dari cara sensing dan komunikasi. Data ini disimpan dan diproses untuk memperoleh maklumat yang berguna. Contoh: perkakasan dan perisian komputer.
Teknologi paparan – Alat dan perisian yang membolehkan data yang diproses sampai kepada pengguna sama ada melalui penglihatan atau suara. Teknologi paparan membentuk antara muka atau menjadi penghubung di antara sensing, komunikasi  dan teknologi analisis. Contoh, LCD, pencetak dan lain-lain,.

No comments:

Post a Comment