Tuesday, 20 December 2016

ISU DAN CABARAN 2 (PEDOFILIA)

Isu Pedofilia amat terknal dalam era teknologi yang canggih ini. Di dalam ilmu perubatan, Pedofilia dimaksudkan sebagai ‘sexual feelings directed towards children’ (keinginan seks secara langsung terhadap kanak-kanak). Ia merupakan salah satu ketegori gangguan psikiatri melibatkan orientasi seksual yang mana kebanyakan pedophile boleh menjadi seperti heteroseksualiti, homoseksual atau biseksual. Ia melibatkan rangsangan erotik, fantasi dan tarikan seksual terhadap kanak-kanak.
 Bedasarkan DSM-III (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) dan Persatuan Psikiatri Amerika, 1987) menyenaraikan ciri-ciri dan kriteria penting pedofilia sebagai berulang-ulang, dorongan seksual, kebangkitan fantasi dan hubungan seks serta berlaku sekurang-kurangnya tempoh enam bulan. Ia melibatkan aktiviti seksual terhadap kanak-kanak yang umumnya berumur 13 tahun ke bawah.
 Pada November 2014, Malaysia pernah digemparkan dengan seorang pelajar Malaysia pintar Matematik, Nur Fitri Azmeer Nordin, yang dihukum penjara 5 tahun selepas disabit dengan 17 kesalahan memiliki, membuat serta menyebarkan gambar-gambar lucah kanak-kanak lebih daripada 30,000 imej. Nur Fitri yang juga merupakan pelajar tajaan MARA, menuntut di Imperial College telah ditahan dikediamannya serta mengaku bersalah di mahkamah Southwark Crown, London. 
Baru-baru ini pula, kita dikejutkan pula dengan berita seorang warga Britain, Richard Huckle, 30 tahun, dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan penderaan seksual ke atas kanak-kanak di Malaysia di antara enam hingga 12 tahun. Huckle dilaporkan telah mencabul dan membuat serangan seksual sehingga 200 kanak-kanak. Kebanyakkan mereka dari komuniti miskin, gelandangan di Kuala Lumpur ketika berada di Malaysia sebagai guru Bahasa Inggeris pada usia 18 atau 19 tahun.
Seorang pedofil boleh mengancam hampir 200 kanak-kanak. Maka 2000 kanak-kanak berpotensi diancam.

PUNCA BERLAKUNYA PEDOPILIA

Punca berlakunya pedopilia ini ialah nafsu yang hanya fokus kepada kanak kanak. Dengan wujudnya pelbagai jenis aplikasi laman sosial, ramai ibu bapa yang suka berkongsi gambar anak mereka tanpa memeriksa sama ada pemakaian anak mreka sesuai untuk di kongsi ataupun tidak. Ibu bapa yang sering memuat naik gambar anak mereka sama ada di facebook ,instagram,wechat dan sebagainya, seharusnya mereka peka mengenai risiko daripada tindakan tersebut. Anak mereka  bakal  menjadi alat ataupun bahan bagi memuaskan nafsu penghidap masalah pedopilia. Pemakaian yang mencolok mata terutamannya patut di hindarkan daripada dikongsi kepada umum. Hal ini kerana individu pedopilia ini sukar untuk dikenal pasti kerana meraka kelihatan normal sahaja apabila berhadapan dengan orang ramai. pendedahan tentang seksual terlalu awal dan tidak dikawal melalui video porno mahupun pengalaman diri sendiri, pernah menjadi mangsa penderaan seksual, mengalami patologi biologi tertentu (contohnya sindrom Klinefelter atau Hermaphrodisme), keabnormalan hormon dan kecacatan genetik, hiperseksualiti atau keinginan nafsu seks yang tinggi, penghidap penyakit mental tertentu dan struktur kerosakan otak boleh menjadi punca serta faktor yang menyumbang. Namun bagi penghidap penyakit mental kejayaan rawatan psikosis biasanya akan menghentikan tingkah laku pedophilic tersebut.
Pedophile (Pelaku) biasanya tidak mendapat kepuasan dalam hubungan seks dewasa dan berkemungkinan besar mempunyai harga diri yang rendah, mereka mendapati aktiviti seksual terhadap kanak-kanak kurang mengancam dan mengganggu gugat penghargaan kendiri mereka. Rujukan daripada DSM-IV (Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders) kes pedofilia amat jarang berlaku di kalangan wanita dan kebanyakan pedophiles adalah lelaki yang kebiasaannya adalah ahli keluarga, jiran dan kawan. Kebanyakan sasaran dan mangsa juga adalah kanak-kanak perempuan. Namun terdapat juga kes-kes pedofilia terhadap kanak-kanak lelaki. Justeru, ibu bapa perlu awasi anak-anak dan sentiasa memantau keadaan mereka sepanjang masa.



KESAN PEDOPILIA

Biasanya kanak kanak yang menghadapi situasi ini akan murung. Kemurungan berlaku apabila pelakunnya datang daripada kalangan keluarga sendiri. Dalam pada masa yang sama mereka tidak memahami situasi yang mereka perlu hadapi. Maka kekeliruan akan timbul, apabila ia tidak di kesan kanak kanak akan menghadapi masalah tekanan .
Bukan itu sahaja, mangsa akan menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupan kerana trauma dengan kejadian ini. Pada umur yang cukup muda telah dijadkan sebagai bahan pemuas nafsu bagi mereka yang menghidapi pedopilia sudah tentu menjadikan mereka sentiasa takut dengan bayangan kisah silam. Semangat kanak anak ini tidak lagi sama seperti anak lainnya yang seusia mereka. Justeru itu, mangsa perlu dihantar kepada kaunselor untuk mendapat bimbingan dan memulihkan semangat mereka.

LANGKAH MENGATASI

Malaysia telah ada satu kumpulan Pedofilia yang ahlinya telah melebihi 750 orang. Sumber lain pula mengatakan lebih 70,000 ahli atas talian seluruh dunia. Menurut Hjh Susilawati Hamzah, Ketua Wanita IKRAM Wilayah Persekutuan, penekanan tentang ruang peribadi (personal space) dan sentuhan selamat serta tidak selamat (safe and unsafe touch) perlu difahami dengan jelas oleh kanak-kanak bermula di alam pra-sekolah lagi. Pendidikan seksual ini mengambil kira segala aspek berkenaan ruang privasi, interaksi antara berlainan gender, aurat & ruang lingkupnya, fungsi alat sulit, keselamatan diri & tindakan. 
Akta Kanak-Kanak 2001 tidak menyatakan secara jelas sebarang peruntukan untuk melindungi kanak-kanak dari jenayah pedofilia. Perkara 17(2) (c) Akta Kanak–Kanak 2001 menyatakan bahawa kanak-kanak yang teraniaya dari segi seks atau terlibat dalam apa-apa aktiviti berunsur seks harus diberikan perlindungan. Namun tidak dinyatakan bagaimana pencegahan harus dibuat supaya jenayah ini dapat dihindarkan.
Dalam kes pedofilia majoriti mangsa (prey) ialah kanak-kanak & pemangsa (predator) ialah orang dewasa, maka usaha mendidik tentang perilaku buruk Pedofilia perlu untuk semua lapisan umur kerana setiap lapisan berpotensi untuk menjadi ‘prey’ mahupun ‘predator’.



Sentiasa ‘connect’ dengan anak-anak dan bina kepercayaan supaya kita menjadi tempat bercerita dan mengadu.Ingatkan anak-anak kecil untuk tidak menyimpan sebarang rahsia antara anak dan orang dewasa yang lain. Pedofilia selalunya memujuk anak untuk menyembunyikan perbuatan keji mereka. Hentikan sifat malu dan segan untuk bercakap soal seksual dengan anak-anak. Setiap hari anak-anak kita terdedah kepada unsur seksual di media, internet, iklan, sekolah dan paling menghampakan, di muka hadapan suratkhabar utama. Rancangan TV kanak-kanak dan siri kartun juga ada yang mengandungi unsur seksual dan menggunakan bahasa yang berunsul seksual. Kita mesti bersedia dan bersifat terbuka untuk mendidik anak-anak tentang isu seksual apabila perlu. Berbicaralah mengikut kesesuaian umur anak dengan bahasa yang difahami anak.Sentiasa peka dengan gerak tubuh anak-anak yang mungkin mempamirkan sebarang ketidak-selesaan atau kegelisahan. 

No comments:

Post a Comment