Tuesday, 20 December 2016


ISU DAN CABARAN 1 (PORNOGRAFI)

Kegiatan tidak bermoral seperti wujudnya laman web pornografi ini memberikan cabaran hebat kepada pengguna-pengguna laman sesawang diseluruh dunia. Elemen-elemen multimedia yang dipersembahkan  di  laman-laman web pornografi bukan sahaja boleh dilihat atau ditonton  tetapi ianya juga boleh dimuat turun dengan mudah dan disebarkan dengan  pantas  melalui  e-mel. E-mel  adalah merupakan peti surat elektronik yang boleh dilampirkan bersamanya  fail-fail teks,grafik,audio, animasi dan video. e-mel adalah merupakan satu  revolusi dalam kaedah manusia berkomunikasi apabila tiada komunikasi secara berdepan antara satu sama lain.Selain dari platform bermultimedia, WWW juga mempunyai ciri-ciri istimewayang lain seperti hiperteks (hypertext). Hiperteks merupakan satu sistem di mana dokumen-dokumen yang bertaburan dalam lamanlaman web dipautkan secara terus menggunakan pautan aktif supaya satu perkataan atau ungkapan dalam satu dokumen  menjadi  sambungan  kepada sesuatu  dokumen lain di laman web yang lain. Format atau bahasa yang digunakan ialah HyperText Markup Language (HTML). 
Internet, Laman Web Pronografi Dan Kaedah Psikospiritual Islam Pornografi  pula adalah perkataan yang boleh mewakili idea seksual secara terbuka atau terang-terangan melalui lukisan atau tulisan. Lamanlaman web pornografi ini mempersembahkan segala perilaku seks sama ada secara  normal atau tidak normal mengikut citarasa yang pernah diketahui manusia.Kebanyakan laman web sebegini boleh dilayari dengan percuma.
 Pornografi juga boleh didefinisikan sebagai penggambaran atau pengisahan sesuatu perlakuan (perbuatan dan kejadian)dengan cara yang mengghairahkan atau yang bertujuan untuk membangkitkan nafsu seks (menerusi filem, bahan bacaan dan  lain-lain), penggambaran atau pengisahan sesuatu perbuatan dan sebagainya secara lucah.
Pornografi juga bermaksud membangkitkan nafsu syahwat, mengghairahkan atau memberahikan.Namun isu  yang ingin difokuskan adalah istilah pornografi yang dipersembahkan di laman-laman web dapat difahami dan seterusnya menimbulkan rasa prihatin terhadap keburukan atau natijah pornografi terhadap pengguna internet terutamanya kanak-kanak dan remaja yangsemakin berleluasa.
 Sejarah pornografi ini sudah bermula beratus ribu tahun dahulu seperti penemuan lukisan-lukisan pornografi pada dinding-dinding bangunan batu kerajaan Roman dan Pompei. Bersama dengan  kemajuan manusia, pornografi ini turut berkembang dan dilukiskan di atas kertas,dirakamkan dengan kamera, divideokan dan seterusny diletakkan di atas talian internet.Terdapat lebih kurang 80,000 laman web yang berkait rapat dengan pornografi telah dihasilkan diantara tahun 1999 ke tahun 2000. Laman web sebegini bertambah sebanyak 200 bilangannya setiap hari.

PUNCA BERLAKUNYA PORNOGRAFI

Antara punca yang meyebabkan pornografi ini berlaku adalah permintaan terhadap aktiviti ini semakin meningkat dengan kemudahan pada era globalisasi massa kini, semuanya dapat diakses hanya di hujung jari. Maka pengeluaran filem ini semakin banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pihak yang tidak bertanggunjawab mengunakan platform internet untuk  menyebarkan ponografi bagi meraih keuntungan. Namun ada sebahagian dari laman web ini tidak memerlukan bayaran. Hal ini menyebabkan ramai yang terjebak dengan aktiviti ini.


KESAN PORNOGRAFI
.

1.Dengan mudah, pornografi memperbodohkan orang dengan nafsunya dan membuka pintu terhadap segala jenis kejahatan seperti kemarahan, penyiksaaan, kekerasan, kepahitan, kebohongan, iri hati, pemaksaan, dan keegoan. Kekuatan tersembunyi disebalik pornografi akan menunjukkan dirinya pada ketika orang yang sudah terlibat berusaha menghentikan kebiasaannya. Tanpa bantuan, biasanya orang itu tidak berdaya untuk melepaskan diri.

2.Pornografi membuat seseorang terpicu untuk lebih suka melayani diri sendiri dibanding orang lain.Onani adalah contohnya. Ini adalah tindakan pemenuhan nafsu peribadi yang dapat membuat seseorang sulit menerima dan memberi cinta yang sebenarnya pada orang lain. Pornografi biasanya membuat orang kecanduan onani.

3. Pornografi akan membawa seseorang terhadap penggunaan waktu dan wang dengan sangat buruk. Sedikit ada waktu terluang atau wang lebih, akan dihabiskan untuk memuaskan hawa nafsunya.

4. Dengan sering melihat laman porno atau membeli filem / majalah porno, orang-orang tersebut menyokong perkembangan industri pornografi yang biasanya dikelola oleh 'kejahatan sebuah organisasi'yang mencari wang dengan cara haram.


5.Dalam banyak kes, pornografi membuat seseorang kehilangan daya kerjanya. Yang sebelumnya aktif dan kreatif boleh menjadi tidak fokus dalam pekerjaan.


LANGKAH MENGATASI PORNOGRAFI

Kes yang membabitkan penyalahgunaan internet boleh dikurangkan dengan penguatkuasaan berterusan undang-undang berkenaan. 
Laman-laman sesawang yang mengandungi unsur-unsur lucah atau pornografi perlu disekat terus oleh kerajaan.
Penggunaan perisian internet yang dapat menyekat akses ke laman sesawang yang tidak bermoral juga merupkan langkah yang efisien bagi mengatasi masalah penggunaan internet. Perisian ini wajar digunakan di institusi pengajian, di sekolah, pejabat-pejabat, mahu pun di rumah bagi menghalang akses ke laman sesawang yang tidak bermoral.

Ibu bapa juga perlu memantau anak-anak di rumah dan menghadkan penggunaan internet kepada anak-anak yang di bawah umur bagi mengelakkan kerosakan moral anak-anak remaja. Pemantauan juga harus dilakukan oleh guru-guru di sekolah memandangkan proses pembelajaran dan pengajaran masa ini banyak menggunakan internet.

No comments:

Post a Comment